Wednesday, December 18, 2024
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji Rashid imbau cabaran jaga Cico Harahap

    Umum mengetahui dugaan yang terpaksa dilalui penyanyi veteran Uji Rashid yang terpaksa menjaga anak lelakinya iaitu pelakon Cico Harahap yang didakwa mengalami penyakit misteri sejak beberapa tahun lalu.

    Bagaimanapun, keadaan Cico atau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 45, sebenarnya adalah disebabkan perbuatan khianat rakannya sendiri yang meracun pelakon filem Mami Jarum berkenaan.

    Mengimbau kepayahan menjaga Cico, Uji atau Fuziah Haroun Al Rashid, 70, berkata, pernah satu ketika dia terputus sumber kewangan dan tidak mampu membayar bil rawatan Cico di hospital.

    Kata Uji, selepas Cico disahkan diracun oleh rakannya pada 2016, dia dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan terpaksa menanggung bayaran yang tinggi disebabkan pusat perubatan itu adalah separa kerajaan.

    “Selepas bawa Cico ke klinik, anak saya dibawa ke HCTM dan saya memang melalui detik sukar kerana saya tidak tahu hospital itu merupakan hospital separa kerajaan, jadi saya perlu bayar,” katanya kepada mStar.

    Uji berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Melakar Pahala Warnai Raya yang diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor pada baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Uji memberitahu dia cuba mencari ikhtiar sehingga menghubungi persatuan-persatuan seni, namun tidak menerima maklum balas yang baik.

    Akhirnya, penyanyi legenda 70an itu dibantu oleh rakan-rakannya bagi melangsaikan bil rawatan hospital Cico. – Agensi

    Uji melalui detik sukar sewaktu Cico menderita sakit diracun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda