Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian darah mampu dedah punca keguguran

    HVIDOVRE, DENMARK, 17 MEI – Ujian darah yang diambil selepas keguguran yang dialami seawal minggu kelima kehamilan boleh membantu menjelaskan mengapa ia berlaku dan dalam beberapa kes membawa kepada rawatan pencegahan, kata penyelidik Denmark.

    Satu daripada 10 wanita mengalami keguguran, dengan bilangannya lebih tinggi di negara-negara di mana kehamilan berlaku dalam kalangan wanita yang lebih tua.

    Pakar sakit puan Denmark, Henriette Svarre Nielsen dan pasukan penyelidiknya baru-baru ini menerbitkan satu kajian dalam jurnal British The Lancet menunjukkan bahawa sampel darah yang diambil daripada ibu sejurus selepas keguguran seawal minggu kelima kehamilan boleh menentukan sama ada janin mengalami anomali kromosom.

    Di Denmark, ujian sedemikian biasanya hanya ditawarkan selepas seorang wanita mengalami tiga kali keguguran, dan hanya sekiranya ia berlaku selepas minggu kehamilan yang kesepuluh.

    “Ini adalah tahun 2023. Kami tidak lagi hanya mengira kriteria untuk menyiasat mengapa seseorang mungkin terdedah kepada keguguran, beritahu Svarre Nielsen dari hospital Hvidovre di Copenhagen kepada AFP.

    Kini, sebagai sebahagian daripada kajian berterusan, semua wanita yang mengalami keguguran dan mengunjungi bilik kecemasan hospital Hvidovre ditawarkan ujian darah.

    Ujian darah itu akan segera dihantar ke makmal hospital.

    DNA janin kemudiannya diasingkan, disusun dan dianalisis untuk melihat sama ada ia membawa anomali kromosom, yang berlaku dalam kira-kira 50 hingga 60 peratus keguguran.

    Menurut Svarre Nielsen, hasil kajian berkenaan mungkin dapat membantu mencegah lima peratus daripada 30 juta keguguran yang dilihat di seluruh dunia setiap tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda