Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian hyperloop Eropah catat rekod kelajuan baharu

    THE HAGUE, 10 SEPT – Sebuah syarikat pemula teknologi Belanda berkata hari ini, mereka telah menetapkan rekod kelajuan di Eropah bagi sistem pengangkutan hyperloop terkini dan boleh mencapai 700 kilometer sejam (kph) sebaik landasan yang lebih panjang dibina.

    Hardt Hyperloop berkata, sistem pengangkutan itu telah mencapai 85kph di landasan ujian Pusat Hyperloop Eropah 420 meter di Belanda dan telah menjalankan ujian penukaran lorong yang kompleks.

    Ia berkata gerakan menukar lorong – penting untuk laluan rangkaian dan menunjukkan tiada halangan teknikal untuk beroperasi pada kelajuan seperti pesawat.

    Perkembangan itu berlaku ketika China meneruskan projek berkelajuan tingginya sendiri, dengan media kerajaan melaporkan ujian melebihi 600kph dengan matlamat untuk menghubungkan Shanghai dan Guangzhou menjelang 2035.

    Eropah masih belum komited untuk kemudahan ujian yang panjang, walaupun Jerman dan Itali sedang mempertimbangkan berhubung dengan landasan.

    “Kami bersedia untuk mencapai kelajuan lebih tinggi iaitu sehingga 700kph, sebaik sahaja mendapat kelulusan bagi pembinaan landasan itu,” kata pengasas bersama Tim Houter kepada AFP.

    Pusat Hyperloop Eropah, yang dibuka tahun lepas, telah menganjurkan lebih daripada 750 misi ujian.

    Hardt merupakan salah satu daripada beberapa syarikat yang ingin mengkomersialkan hyperloop, satu konsep di mana penumpang bergerak dalam pod pada kelajuan hampir supersonik melalui tiub vakum. – AFP

    Gambar fail ini menunjukkan sebuah hyperloop yang diperbuat daripada 34 silinder besi pra-fabrikasi bersambung yang masing-masing selebar 2.5 meter di Eropah pada 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda