Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa Ujian Kemahiran Bahasa Korea (TOPIK) I dan II ke-93 akan diadakan di kedutaan berkenaan pada 14 April depan.
Permohonan hendaklah diserahkan kepada kedutaan berkenaan bermula 26 Januari hingga 7 Februari kecuali hujung minggu (waktu pejabat sahaja).
Syarat permohonan termasuk kad pengenalan (asal dan salinan), dua keping gambar pasport berwarna (3X4cm) dan yuran ujian sebanyak $35 untuk TOPIK 1 dan $40 untuk TOPIK II.
Semasa ujian itu, pemohon hendaklah duduk 30 minit sebelum ujian bermula dan mereka yang datang lewat tidak akan dibenarkan masuk.
Pemohon juga dikehendaki membawa slip pengenalan, kad pengenalan atau pasport, pen atau pensel dan pita pembetulan atau pemadam dan telefon bimbit hendaklah dimatikan dan diserahkan kepada penyelia ujian sebelum memasuki tempat ujian dan akan dikembalikan semula selepas ujian tamat.
Dalam pada itu, ujian boleh dibatalkan jika bilangan pemohon kurang daripada 10 orang.
Ujian juga boleh dibatalkan atau ditangguhkan bergantung pada situasi COVID-19.
Keputusan ujian akan diterbitkan selepas 30 Mei.
Untuk pertanyaan lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Kedutaan Korea di talian 2330249, atau e-mel kepada brunei@mofa.go.kr atau layari laman sesawang www.topik.go.kr, atau https://overseas.mofa.go.kr/bn-en/index.do.


