Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

Ujian lisan BC-GCE ditunda hingga Oktober

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Berikutan situasi penularan COVID-19 pada masa ini yang agak membimbangkan dan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan pada sidang media 7 Ogos lalu, Kementerian Pendidikan menunda ujian lisan bagi Peperiksaan BC-GCE O Level pada 2 Oktober sehingga 30 Oktober 2021.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pendidikan, pihak Cambridge Assessment International Education bersetuju agar tarikh ujian yang sepatutnya dijadualkan bermula 16 Ogos hingga 15 September ditunda kepada Oktober depan.

Sebarang perubahan tarikh dan maklumat mengenai peperiksaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada perkembangan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Bagi pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah dirujuk ke Jabatan Peperiksaan melalui e-mel [email protected] dan [email protected], Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630/ atau 2380776.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -