SINGAPURA, 20 APRIL – Pakar Singapura menemui kaedah baharu bagi mengesahkan jangkitan COVID-19 – melalui ujian pernafasan menggunakan alat penganalisis nafas atau ‘breathalyser’.
The Straits Times melaporkan, syarikat perubatan, Silver Factor Technology dengan kerjasama Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan, Certis membangunkan ujian pernafasan itu.
Kaedah itu memberi keputusan lebih pantas pada kos jauh lebih murah dan lebih mudah dilakukan pada skala lebih besar membabitkan ramai orang.
Menurut laporan itu lagi, ujian pernafasan digelar TracieX, dibangunkan Silver Factory Technology dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dan mengambil masa hanya dua minit untuk memberi keputusan. – Agensi