WASHINGTON, 31 Mei – Program pertahanan peluru berpandu Pentagon telah mendapat satu kejayaan selepas berjaya menghapuskan satu peluru berpandu olok-olok di Lautan Pasifik menggunakan sebuah pemintas yang merupakan kunci utama dalam melindungi wilayah AS dari serangan Korea Utara.
Laksamana Madya Jim Syring, pengarah agensi Pentagon yang bertanggungjawab dalam membangun sistem pertahanan peluru berpandu itu menggelar keputusan ujian itu “satu pencapaian luar biasa” dan satu pencapaian kritikal bagi program yang telah terhenti oleh halangan sejak beberapa tahun.
“Sistem ini sangat penting bagi pertahanan kami dan ujian ini menunjukkan bahawa kami mempunyai keupayaan, penghalang yang boleh dipercayai terhadap ancaman sebenar,” kata Syring dalam satu keterangan bertulis yang mengumumkan keputusan ujian itu.
Meski kejayaan itu, ujian bernilai AS$244 juta itu tidak mengesahkan bahawa di bawah keadaan perang, AS mampu memintas peluru berpandu jarak antarabangsa yang dilancarkan oleh Korea Utara. Pyongyang dalam pada itu difahamkan untuk bergerak lebih dekat kepada keupayaan menempatkan peledak nuklear pada ICBM seumpamanya dan boleh membangunkan umpan yang amat rumit untuk menipu sebuah pemintas terlepas sasaran sebenar.
Agensi Syring menyuarakan satu nota amaran.

“Petunjuk-petunjuk awal adalah bahawa ujian itu mencapai matlamat utamanya, namun pegawai-pegawai program akan terus menilai prestasi sistem berdasarkan telemetri dan data lain yang diperoleh ketika ujian itu,” tambah keterangannya.
Philip E. COyle, bekas ketua pejabat ujian dan penilaian Pentagon berkata keputusan ujian itu adalah kejayaan signifikan bagi satu ujian yang telah disediakan bagi tempoh tiga tahun, namun menyatakan ia hanya kejayaan kedua dalam lima percubaan pemintasan sejak 2010.
“Dalam beberapa cara, ujian ini adalah langkah baru bernilai AS$244 juta, satu langkah baru yang mengambil masa tiga tahun,” kata Coyle.
Ujian pemintasan terkini dijalankan dalam tahun 2014 adalah satu kejayaan, namun rekod prestasi yang lebih lama adalah turun naik. Sejak sistem itu diisytiharkan sedia bagi potensi kegunaan tempur dalam tahun 2004, hanya empat daripada sembilan cubaan pemintasan telah berjaya. – AP