Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian RTK-Ag perlu dijalankan seminggu selepas muncul gejala

    KUALA LUMPUR, 22 JAN – Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 perlu dikendalikan oleh individu terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham
    Abdullah.

    Beliau berkata untuk mendapatkan keputusan yang tepat, ujian RTK-Ag perlu dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama setelah wujudnya gejala.

    “Lebih spesifik untuk kelompok baharu dengan kadar jangkitan positif yang tinggi dan apabila kajian keseirasan menunjukkan tahap kespesifikan yang tinggi.

    “Disarankan pengesahan ujian RTK-Ag, apabila sistem kesihatan dibebani. Kepekaan alat ujian (untuk RT-Ag) mestilah lebih dari 80 peratus dan kespesifikan melebihi 97 peratus,” katanya menerusi catatan Twitternya hari ini yang menyenaraikan lima cadangan umum untuk ujian RTK-Ag bagi pengesahan kes COVID-19. – Bernama

    Gambar bertarikh 7 Januari menunjukkan petugas kesihatan membuat saringan suhu badan kepada setiap pengembara yang baharu tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda