Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian terakhir COVID-19 EPL kekal sifar

    LONDON, 31 MEI – Tidak ada penemuan positif dari ujian saringan COVID-19 pada pusingan terakhir yang dilakukan di Liga Perdana Inggeris (EPL), pengumuman kelmarin.

    Penyaringan pusingan keempat menyaksikan sejumlah 1,130 pemain dan kakitangan kelab telah menjalani ujian COVID-19, dengan kes baharu semakin berkurangan menyokong rancangan EPL untuk kembali musim ini pada 17 Jun ini.

    “Liga Perdana Inggeris hari ini dapat mengesahkan bahawa pada hari Khamis 28 Mei dan Jumaat 29 Mei, 1,130 pemain dan kakitangan kelab telah menjalani ujian COVID-19,” dalam satu kenyataan.

    “Dari jumlah tersebut, tiada yang telah diuji positif.”

    Itu bererti hanya ada 12 kes positif dari gabungan 3,882 ujian sejak pemain dan kakitangan kelab EPL mula diperiksa awal bulan ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda