Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian terakhir COVID-19 – EPL

    LONDON, 11 JUN – Hanya satu kes positif dicatatkan daripada ujian pusingan terakhir COVID-19 bagi pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan satu minggu lagi sebelum musim kembali semula.

    “Liga Perdana Inggeris hari ini dapat mengesahkan bahawa pada hari Isnin 8 Jun dan Selasa 9 Jun, 1,213 pemain dan kakitangan kelab menjalani ujian COVID-19.

    “Dari jumlah tersebut, seorang telah disahkan positif,” kata liga dalam satu kenyataan.

    Identiti individu dan kelab tidak didedahkan. Ujian COVID-19 akan berterusan dua kali seminggu untuk menyelesaikan musim, yang ditangguhkan sejak bulan Mac lalu kerana wabak itu.

    EPL akan disambung semula pada 17 Jun ini, dengan Sheffield United melakukan perjalanan ke Aston Villa dan Manchester City menjadi tuan rumah bertemu Arsenal, dengan Liverpool menantikan gelaran pertama mereka dalam masa 30 tahun akan menentang Everton. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda