Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ujian virus ‘lolipop’ untuk kanak-kanak

    VIENNA, 30 APRIL – Satu ujian koronavirus berbentuk lolipop yang baru dibangunkan sedang dilancarkan di beberapa sekolah tadika Austria sebagai alternatif kepada kanak-kanak yang tidak mahu menerima swab kerongkong atau hidung.

    Murid-murid berbaris di salah sebuah tadika Vienna pada minggu ini untuk diuji, dengan kempen tersebut dibuka kepada liputan media.

    Walaupun kanak-kanak dikecualikan daripada kebanyakan peraturan virus, timbulnya kebimbangan dengan pembukaan semula sekolah dan tadika, lebih banyak varian yang mudah berjangkit yang muncul di Britain dan dominan di sesetengah negara EU mungkin menular dengan lebih pantas di kalangan kanak-kanak.

    Ia mungkin menyumbang kepada peningkatan dalam kes dan menjejaskan kempen vaksinasi. – AFP

    Seorang murid tadika menggunakan ujian COVID-19 berbentuk lollipop di Tadika Bandar Vienna di Vienna, Austria pada 28 April 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda