Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK akan dedah bajet rabu ini

    LONDON, 8 MAC – Britain mendedahkan bajet pertamanya selepas era Brexit pada Rabu ini dan para penganalisis menjangkakan Perdana Menteri Boris Johnson untuk mengadakan sidang media dengan perbelanjaan besar ke atas infrastruktur meskipun dengan kejatuhan ekonomi disebabkan oleh koronavirus.

    Menteri kewangan Rishi Sunak, yang akan membentangkan bajet selepas menggantikan Sajid Javid yang meletak jawatan tanpa diduga pada bulan lalu, turut dijadualkan untuk membentangkan dana kecemasan dalam membasmi COVID-19.

    Sebelum wabak koronavirus, Canselor Exchequer, Sunak telah berkata bajet tersebut ‘akan diumumkan’ dalam janji kerajaan untuk ‘membebaskan potensi negara’.

    Walau bagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan penyiaran Strategi Infrastruktur Kebangsaan – langkah jangka masa panjang untuk membaik pulih laluan pengangkutan Britain dengan mencapai net sifar emisi di seluruh negara menjelang 2050.

    Dalam jangka masa sederhana, tugas Sunak ialah untuk menjalankan matlamat yang ditetapkan oleh Johnson untuk meningkatkan produktiviti di beberapa buah bandar raya di luar London melalui projek besar-besaran infrastruktur, seperti kereta api berkelajuan tinggi yang baharu, HS2.

    Gambar fail, Canselor Exchequer Rishi Sunak selepas perjumpaan pertama kabinet berhubung penggubalan. Beliau akan membentangkan bajet pertama Brexit dan turut dijadualkan untuk membentangkan dana kecemasan dalam memerangi COVID-19.- AFP

    Javid meletakkan jawatan, dan digantikan oleh timbalan beliau, Sunak, selepas Johnson menawarkan untuk kekal sebagai bekas canselor sahaja sekiranya beliau memecat semua penasihat politik beliau.

    Perdana menteri mahukan lebih kuasa dalam polisi Perbendaharaan selepas kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya umum pada bulan Disember yang akhirnya berjaya membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari lalu.

    “Sunak tidak akan hanya bercakap mengenai bajet, dalam kemerosotan pasaran kewangan dan kebimbangan yang semakin meningkat dengan penularan koronavirus menjadi pandemik,” kata Ruth Gregory, ahli ekonomi di Capital Economics Research Group.

    “Keutamaan pertama canselor ialah mengumumkan sebuah pakej langkah sasaran untuk mengimbangi kerosakan yang dilakukan oleh virus tersebut.

    Yang kedua “untuk menyampaikan manifesto janji kerajaan 2019 dan menerangkan hala tuju dengan peningkatan jumlah perbelanjaan,” kata Gregory.

    Kerajaan memberitahu kerja-kerja pembinaan penuh ke atas HS2 yang telah lama terbengkalai akan disambung bulan hadapan selepas Johnson menyokong projek tersebut walaupun kos yang tinggi dan mengakibatkan kehidupan liar musnah. – A

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda