LONDON, 27 JAN – Menteri Kewangan Britain hari ini menolak ‘kesuraman’ mengenai ekonominya yang diancam kemelesetan dan berjanji untuk memanfaatkan peluang Brexit menangani inflasi yang berleluasa untuk meningkatkan pertumbuhan semasa krisis kos sara hidup.
Jeremy Hunt membentangkan pelan pertumbuhan kerajaan parti Konservatif di daerah kewangan bandar London, selepas menerima kritikan baru-baru ini daripada komuniti perniagaan dan menegaskan negara itu tidak mengalami kemerosotan.
“Kemerosotan mengenai Britain adalah sesuatu yang salah pada masa lalu, dan ia adalah salah hari ini,” katanya.
“Beberapa kesuraman adalah berasaskan statistik yang tidak menggambarkan keseluruhan perkara.” – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P11-B-WEB_28012023.jpg)