Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK ‘akan terus merendahkan’ keupayaan Houthi

    LONDON, 23 JAN – Britain hari ini berikrar untuk terus menghalang keupayaan Houthi Yaman menyerang kapal-kapal di Laut Merah, berikutan serangan terbaharu bersama Amerika Syarikat (AS) ke atas pemberontak yang disokong Iran itu.

    Tentera AS dan UK menyerang sasaran Houthi kelmarin, yang merupakan pusingan kedua tindakan ketenteraan mereka selepas gelombang serangan pertama terhadap kumpulan pemberontak tersebut pada awal bulan ini.

    “Sejak kali terakhir kami mengambil tindakan 10 hari lalu, terdapat lebih 12 serangan oleh Houthi terhadap kapal-kapal di Laut Merah,” kata Menteri Luar UK, David Cameron kepada wartawan.

    “Serangan-serangan ini adalah tidak sah. Ia tidak boleh diterima.

    “Apa yang kami lakukan sekali lagi adalah menghantar mesej yang paling jelas bahawa kami akan terus merendahkan keupayaan mereka terhadap serangan-serangan berkenaan… (dan) kami menyokong kata-kata dan amaran kami dengan tindakan,” tambahnya.

    Serangan terbaharu AS dan UK dilancarkan ke atas ‘lapan sasaran Houthi di Yaman sebagai tindak balas kepada serangan berterusan Houthi ke atas perkapalan antarabangsa dan komersial serta kapal tentera laut yang melalui Laut Merah’, kata Washington dan London dalam satu kenyataan bersama dengan negara-negara lain yang menyokong tindakan ketenteraan tersebut.

    “Serangan tepat ini bertujuan untuk mengganggu dan merendahkan keupayaan yang digunakan oleh Houthi untuk mengancam perdagangan global dan nyawa pelaut yang tidak bersalah,” kata kenyataan itu. – AFP

    Dalam imej yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan UK, Tentera Udara Diraja Typhoon FGR4 berlepas untuk melakukan serangan udara terhadap sasaran Houthi di Yaman, dari RAF Akrotiri, Cyprus pada 22 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda