Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK-AS runding pengecualian tarif keluli sebelum tarikh akhir

    LONDON, 9 JULAI – Perbincangan kerajaan untuk memuktamadkan perjanjian bagi mengecualikan United Kingdom (UK) daripada tarif keluli Amerika Syarikat (AS) masih berjalan ketika tarikh akhir penguatkuasaan tarif itu semakin hampir, dengan industri menyeru agar penyelesaian dicapai dengan ‘segera,’ lapor PA Media/dpa.

    Presiden Donald Trump berkata dia me-rancang untuk mula melaksanakan tarif ke atas rakan dagang AS hari ini.

    UK sebelum ini telah berjaya merundingkan perjanjian dengan AS yang menghapuskan ancaman tarif terhadap pengeluar kereta dan pesawat British.

    Bagaimanapun, pengecualian untuk industri keluli masih belum dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan ancaman bahawa kadar tarif semasa sebanyak 25 peratus mungkin meningkat kepada 50 peratus selepas tarikh akhir.

    Trump dilaporkan meningkatkan tekanan terhadap negara yang berkemungkinan akan dikenakan tarif, dengan menggesa mereka merundingkan perjanjian perdagangan dengan AS.

    Namun di sebalik tanda-tanda kekeliruan dalam pentadbiran AS, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick mencadangkan rakan dagang AS mula melihat penguatkuasaan tarif bermula 9 Ogos, selepas menerima surat mengenainya pada 9 Julai.

    Trump memberitahu Kabinet bahawa merundingkan perjanjian perdagangan mengambil masa yang terlalu lama, jadi dia menghantar surat kepada negara-negara dengan menyatakan kadar tarif yang akan dikenakan.

    Dalam satu hantaran di Truth Social semalam, Trump berkata surat kepada sekurang-kurangnya tujuh negara akan dihantar pada pagi hari ini, dengan lebih banyak surat akan menyusul pada sebelah petang, namun dia tidak memberikan petunjuk negara mana yang akan menerima surat tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda