LONDON, 3 JULAI – UK tahun ini mencatatkan rekod terpanas Jun, baik dari segi suhu purata dan purata suhu maksimum, kata Pejabat Meteorologi British hari ini.
“Purata suhu purata 15.8 darjah Celsius yang dicatat pada Jun 2023 di UK adalah yang tertinggi dalam satu siri sejak 1884,” kata Met Office dalam satu kenyataan.
Suhu purata pada Jun 2023 adalah 0.9 darjah lebih tinggi daripada rekod bersama sebelumnya iaitu 14.9 darjah yang didaftarkan pada Jun 1940 dan 1976, menurut angka sementara.
“Ia secara rasminya bulan Jun paling panas dalam rekod untuk UK,” kata Mark McCarthy dari Met Office.
Pada hari paling panas pada bulan Jun, suhu mencecah 32.2 darjah Celsius, kata McCarthy.
“Apa yang menarik ialah suhu panas yang berterusan untuk sebahagian besar bulan, dengan suhu secara meluas mencecah pertengahan 20an Celsius untuk kebanyakan orang malah 30an pada masa-masa tertentu,” tambahnya.
Empat negara yang membentuk UK – England, Scotland, Wales dan Ireland Utara – juga melaporkan “bulan Jun terpanas masing-masing dalam rekod”, kata Met Office.
Sekatan pnggunaan air telah dikenakan di bahagian tenggara England di tengah-tengah permintaan untuk air minuman. – AFP


