Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    UK catat malam Tahun Baharu paling hangat

    LONDON, 31 DIS – United Kingdom (UK) hari ini mengalami rekod malam Tahun Baharu paling hangat dengan suhu dicatatkan sekitar 15 darjah Celsius, menurut kenyataan pejabat kaji cuaca.

    Perkampungan Reyhill, Yorkshire, utara England merekodkan bacaan suhu 14.9 darjah Celsius pada 11 pagi hari ini, memecahkan rekod sebelumnya iaitu 14.8 darjah Celsius di Wales pada 2011, menurut jurucakap pejabat kaji cuaca, Sephen Dixon.

    Pejabat kaji cuaca kemudian memaklumkan melalui Twitter bahawa perkampungan Coningsby di Lincolnshire mencatatkan bacaan suhu 15.3 darjah Celsius, “bermakna hari ini adalah hari paling hangat pada malam Tahun Baharu yang pernah direkodkan di UK.

    Meskipun dengan keadaan suhu hangat, sambutan Tahun Baharu di UK diadakan tanpa pertunjukan bunga api di London dan Edinburgh, manakala kelab malam ditutup dan perkumpulan ramai dihadkan di Utara Ireland, Scotland dan Wales.

    Tahun ini, “Seluruh negara terasa sedikit hangat dan lebih kering daripada kebiasaan,” kata Mike Kendon dari Pusat Maklumat Iklim Kebangsaan, dalam ringkasan yang diterbitkan oleh Pejabat Kaji Cuaca.

    Tahun 2021 yang bakal berlalu ‘besar kemungkinan termasuk dalam rekod 20 tahun paling hangat bagi UK – siri yang bermula pada 1884,” kata pejabat kaji cuaca, ketika “iklim kita semakin hangat.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...