Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    UK catat rekod cuaca paling panas

    LONDON, 5 JAN – Buat pertama kali sejak rekod pertama dicatat pada 500 tahun lalu, suhu purata di United Kingdom (UK) melebihi 10 darjah Celsius pada tahun lepas. Peristiwa pertama berlaku 500 tahun lalu akibat perubahan iklim yang bukan berpunca daripada manusia.

    Dengan suhu purata mencecah 10.03 darjah Celsius, 2022 adalah tahun yang paling panas buat negara ini, seperti yang disahkan oleh perkhidmatan meteorologi.

    Sejak rekod bermula pada tahun 1884, 10 tahun yang terpanas telah dicatat sejak 2003, menurut perkhidmatan meteorologi, mengesahkan trend yang dilaporkan di tempat lain di Eropah pada musim sejuk ini.

    Menurut Nikos Christidis, saintis iklim bagi perkhidmatan meteorologi itu, dia mengkaji dengan membandingkan suhu dengan model iklim yang berubah akibat pengaruh manusia.

    “Hasilnya menunjukkan bahawa rekod 10 darjah Celsius dalam iklim semula jadi akan berlaku sekali dalam 500 tahun, sedangkan apa yang berlaku sekarang boleh terjadi dalam tempoh sekali dalam tiga atau empat tahun,” kata Christidis.

    Christidis menambah, menjelang akhir abad ini, tanpa adanya pengurangan kepada pelepasan karbon yang sedia ada, ‘suhu purata 10 darjah Celsius di UK boleh terjadi hampir setiap tahun.’

    Laporan daripada perkhidmatan meteorologi itu dikeluarkan sebelum kajian lebih luas pada 10 Januari oleh Copernicus, program pemerhatian planet Kesatuan Eropah, EU dan corak cuaca global pada tahun lepas.

    Bumi semakin panas melebihi 1.1 darjah Celsius sejak akhir abad ke-19, dengan kira-kira separuh daripadanya meningkat dalam tempoh 30 tahun lalu, menurut laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia pada November. – AFP

    Peluncur ski di cerun di Filzmoos di selatan Salzburg, Austria. Salji yang jarang turun dan cuaca panas yang tidak sesuai di kebanyakan Eropah membolehkan rumput hijau menyelimuti banyak puncak gunung di seluruh wilayah yang biasanya terdapat salji. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...