LONDON, 4 OGOS – Datuk Bandar London kelmarin mengumumkan peningkatan sokongan kewangan bagi pemilik kenderaan yang lebih mencemarkan alam persekitaran, yang terjejas akibat pelanjutan caj harian apabila memandu kenderaan itu di ibu negara Britain.
Ahli parti Buruh, Sadiq Khan, menegaskan bahawa pelaksanaan Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ) akan berjalan seperti yang dirancang pada 29 Ogos, selepas Mahkamah Tinggi memutuskan minggu lalu bahawa ia telah dilakukan secara sah.
Skim itu yang mula diperkenalkan pada 2019 dan berasingan daripada caj kesesakan selama dua dekad di London memerlukan kenderaan yang paling mencemarkan membayar tol £12.50 (AS$16) pada hari kenderaan itu dipandu di dalam bandar.
Pelanjutannya ke seluruh Greater London akhir bulan ini telah menimbulkan tentangan sengit daripada penduduk yang tinggal di dalam dan sekitar kawasan yang baru dilingkungi, yang berdepan denda hingga £160 untuk setiap hari jika mereka gagal bayar membayar tol.
Ia dipersalahkan secara meluas kerana menjejaskan kemenangan parti pembangkang utama dalam pilihan raya kecil bulan lalu di kerusi parlimen lama bekas perdana menteri, Boris Johnson, di mana ia menjadi isu utama semasa kempen.
Sebagai tanda tekanan politik yang semakin meningkat ke atas Datuk Bandar, beliau berkata pemberian sehingga £2,000 untuk membuang kenderaan yang tidak mematuhi kini akan disediakan kepada setiap penduduk di London.
Sebagai tanda tekanan politik yang semakin meningkat ke atas Datuk Bandar, beliau menyatakan bahawa bantuan kewangan sehingga £2,000 untuk membuang kenderaan yang tidak mematuhi kini akan disediakan kepada setiap warga London. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P12-A-web-Freepik_05082023.jpg)