LONDON, 23 MEI – Britain mengumumkan hari ini ia telah mendenda syarikat pengecaman wajah Amerika Syarikat (AS) Clearview AI Inc lebih daripada £7.5 juta (AS$9.4 juta) kerana mengumpul gambar orang dalam talian tanpa pengetahuan mereka.
Badan pengawas data UK juga mengarahkan syarikat itu berhenti memperoleh data peribadi penduduk UK yang boleh didapati di internet dan membuang data penduduk UK daripada sistemnya.
Tindakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) diambil selepas siasatan bersama Pejabat Pesuruhjaya Maklumat Australia. Clearview AI Inc mempunyai pangkalan data lebih daripada 20 bilion gambar wajah orang yang diperoleh daripada internet dan platform media sosial tanpa memberitahu orang bagaimana maklumat mereka diperoleh. – AFP