Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    UK hantar peluru berpandu ke Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 6 JUN — Kerajaan Britain berkata kelmarin bahawa sistem roket pelbagai pelancaran yang ditawarkannya kepada Ukraine akan membawa peningkatan keupayaan yang ketara bagi usaha negara itu menentang pencerobohan dari Rusia.

    “Jika masyarakat antarabangsa meneruskan sokongannya, saya percaya Ukraine boleh menang perangnya terhadap Rusia,” kata Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace dalam satu kenyataan.

    Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan komen kelmarin oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, yang memberi amaran kepada Barat supaya tidak menghantar sistem roket jarak jauh ke Ukraine, di mana perang kini memasuki hari ke-103.

    Kerajaan Britain menyifatkan sistem senjata Himars M270 sebagai aset ketenteraan termaju yang boleh menyerang sasaran sehingga 80 kilometer jauhnya dengan ketepatan yang tepat.

    Sistem itu dikendalikan oleh tiga penembak dan dipasang pada pelancar berperisai.

    Washington dan London telah berjanji pada minggu lalu untuk menghantar senjata canggih berkenaan. Namun tiada butiran mengenai tarikh penghantaran dimaklumkan. – AP

    Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky (kiri), mendengar laporan askar di barisan hadapan di wilayah Donetsk, Ukraine kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...