Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK haramkan vape pakai buang untuk lindungi remaja

    ATHENS, 2 JUN – Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.

    “Langkah tegas baharu ini mengharamkan penjualan vape pakai buang di kedai runcit dan pasar raya sekali gus menamatkan peningkatan penggunaannya yang membimbangkan di kawasan sekolah serta lambakan sampah di jalan-jalan negara ini,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan itu, larangan berkenaan bertujuan untuk membendung lambakan sampah di jalan-jalan negara dan melindungi golongan muda daripada ketagihan nikotin.

    Peniaga yang mengabaikan peraturan boleh dikenakan denda AS$270 bagi kesalahan pertama dan semua produk akan dirampas. Kesalahan berulang boleh dikenakan denda tanpa had atau hukuman penjara. – Bernama/Anadolu

    Vape pakai buang dilihat di sebuah kedai di Liverpool, pada Julai 2023. Larangan ke atas vape pakai buang berkuat kuasa di seluruh UK  Jun 2025 dalam usaha untuk melindungi kesihatan remaja.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda