Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK janji bekalkan peluru berpandu kepada Ukraine

    LONDON, 15 MEI – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky tiba di Britain hari ini untuk bertemu dengan Perdana Menteri Rishi Sunak, yang berjanji membekalkan ‘ratusan’ peluru berpandu pertahanan udara dan dron serangan jarak jauh untuk menangkis pencerobohan Rusia.

    Ketibaan Zelensky, disahkan oleh kerajaan UK, diadakan selepas dia menerima janji baharu bantuan ketenteraan semasa lawatan hujung minggu ke Perancis dan Jerman sebelum serangan balas meluas terhadap Rusia.

    “UK adalah pemimpin dalam hal mengembangkan keupayaan kami di darat dan di udara,” kata Zelensky di Twitter sebelum bertemu Sunak di tempat percutian perdana menteri Chequers. – AFP

    Rishi Sunak (kanan) bercakap dengan Volodymyr Zelensky sebelum mesyuarat dua hala di Chequers, berdekatan Ellesborough, barat laut London, kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda