Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK, Jerman kerjasama tangani kumpulan penyeludupan migran

    LONDON, 10 DIS – Britain dan Jerman hari ini menandatangani pelan tindakan bersama bertujuan menangani kumpulan penyeludupan migran, ketika menteri dalam negeri dan migrasi Eropah bertemu di London untuk meningkatkan kerjasama.

    Nicole de Moor dan Annelies Verlinden dari Belgium; Bruno Retailleau dari Perancis; Nancy Faeser dari Jerman; dan menteri Belanda Marjolein Faber semuanya menyertai Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom (UK), Yvette Cooper dan Komander Keselamatan Sempadan Britain, Martin Hewitt untuk perbincangan.

    Bekas ketua polis, Hewitt telah dilantik oleh Perdana Menteri Britain, Keir Starmer September lalu untuk membantu menunaikan janji pra-pilihan raya bagi ‘menumpaskan’ kumpulan penyeludup manusia.

    Isu yang semakin meningkat dalam kalangan negara Eropah, peningkatan migran yang tidak terkawal juga menjadi tema utama semasa kempen pilihan raya di UK Julai lalu yang menyaksikan Parti Buruh Starmer menerajui tampuk pentadbiran.

    Setakat tahun ini, hampir 34,000 pendatang tanpa izin telah tiba di pantai British merentasi Selat Inggeris menggunakan kapal yang tidak selamat. Kira-kira 70 orang telah meninggal dunia, menjadikan 2024 tahun paling teruk dalam rekod.

    Jumlah migran sah juga meningkat mendadak, dianggarkan pada 728,000 orang setakat Jun 2024.

    Sebelum rundingan hari ini, Pejabat Dalam Negeri UK berkata Jerman telah berjanji untuk memperketat undang-undangnya bagi memudahkannya mendakwa penyeludup migran yang membenarkan bot kecil menyeberang dari Perancis Utara. – AFP

    Yvette Cooper (tiga dari kiri) mempengerusikan mesyuarat menteri dan agensi Eropah di Carlton Gardens di London pada 10 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda