Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    UK kawal inflasi, kurangkan cukai

    LONDON, 23 SEPT – Kerajaan konservatif baharu Britain hari ini melancarkan pakej bernilai berbilion pound untuk membantu keluarga dan perniagaan yang terjejas oleh inflasi tertinggi dalam beberapa dekad, dengan memotong cukai ketika negara berdepan kemelesetan.

    Dalam pengumuman yang keluar hari ini, ia akan mengurangkan cukai pendapatan peribadi, membatalkan kenaikan cukai yang dirancang ke atas perniagaan dan membatalkan had maksimum ke atas bonus pengurus bank sebagai sebahagian daripada langkah untuk merangsang ekonomi meleset.

    Ketua Perbendaharaan UK, Kwasi Kwarteng berkata sekatan yang dikenakan ke atas bil tenaga yang meningkat akan menelan kos berjumlah kira-kira 60 bilion pound dalam tempoh enam bulan pertama.

    Kwarteng mengumumkan dalam ‘belanjawan mini’ bahawa beliau akan membatalkan kenaikan dalam cukai insurans negara yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelumnya pada Mei untuk membantu membiayai kesihatan dan penjagaan sosial. Beliau berkata kadar asas cukai pendapatan akan menurun daripada 20 peratus kepada 19 peratus tahun depan.

    Kadar tertinggi akan dikurangkan daripada 45 peratus kepada 40 peratus.

    “Kami memerlukan pendekatan baharu untuk era baharu, dengan menumpu pada pertumbuhan,” beritahunya kepada penggubal undang-undang di Dewan Rakyat.

    Perdana Menteri Liz Truss, yang menjadi pemimpin UK kurang tiga minggu lalu, telah berkali-kali menekankan bahawa misi utama kerajaan Konservatifnya adalah mengurangkan cukai untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Beliau mengumumkan pada minggu ini bahawa beliau bersedia membuat ‘keputusan tidak popular’ seperti menambah bonus pengurus bank untuk menarik pekerjaan dan pelaburan.

    Kenyataan hari ini dianggap sebagai ‘acara fiskal’ dan bukannya bajet disebabkan ia tidak diiringi oleh analisis kos dari Pejabat Tanggungjawab Bajet. – AP/AFP

    Kwasi Kwarteng tiba di Downing Street di London untuk mesyuarat kabinet pertama sejak Liz Truss dilantik Perdana Menteri Britain. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...