UK lancar duit syiling Gandhi sempena Diwali

LONDON, 4 NOV – Britain hari ini melancarkan syiling kenang-kenangan untuk menandakan Diwali, meraikan riwayat dan peninggalan pemimpin kemerdekaan India Mahatma Gandhi.

Duit syiling khas itu, boleh diperoleh dalam emas dan perak, memaparkan imej bunga kebangsaan India, teratai, dan salah satu petikan paling terkenal Gandhi: ‘Hidup saya adalah pesanan saya.’ Rishi Sunak, menteri kewangan Hindu pertama Britain, menganggapnya ‘satu penghormatan yang wajar untuk seorang pemimpin berpengaruh yang memberi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia.’

“Sebagai seorang penganut Hindu, saya dengan bangga melancarkan syi-ling ini sempena Diwali,” kata Sunak, di mana bapa mertuanya, pengasas Infosys Narayan Murthy, adalah salah seorang lelaki terkaya India.

Duit syiling £5 itu mula dijual hari ini, sebahagian daripada koleksi Diwali Royal Mint, yang termasuk jongkong emas menggambarkan dewi kekayaan Hindu, Lakshmi. Nicola Howell, Ketua Pegawai Pelanggan di kilang siling milik kerajaan, berkata dia gembira untuk melancarkan syiling UK pertama memperingati riwayat dan peninggalan Mahatma Gandhi. – AFP