UK lanjutkan perintah berkurung

LONDON, 16 APRIL – Kerajaan Britain hari ini dijangka melanjutkan perintah berkurung di seluruh negara selama tiga minggu lagi, di tengah tanda-tanda wabak koronavirus sedang memuncak, namun mengingatkan lebih banyak kematian bakal dicatat.

Setiausaha Luar Dominic Raab, yang mengganti Perdana Menteri Boris Johnson tatkala beliau berehat selepas menghabiskan seminggu di hospital dengan COVID-19, akan bertemu dengan menteri-menteri utama sebelum membuat pengumuman. Namun kerajaan telah pun berkata dengan jumlah kematian mencecah 13,000 dan masih meningkat, kini bukan masanya untuk membatalkan perintah berkurung yang dikenakan pada 23 Mac.

“Masih terlalu awal untuk membuat perubahan,” beritahu Setiausaha Kesihatan Matt Hancock kepada televisyen BBC hari ini, sebelum mesyuarat kabinet dan jawatankuasa koronavirus khas.

“Sementara kami telah melihat jumlah kes telah menjadi rata, jumlah kematian masih belum berkurangan. Bagi saya ia masih terlalu tinggi.” – AFP

Gambar kubikel hospital, dengan katil dan kerusi semasa perasmian pembukaan Hospital NHS Nightingale yang didirikan di dalam Pusat Pameran Nasional di Birmingham, England, kelmarin. – AFP