UK lulus rangkaian 5G Huawei

LONDON, 28 JAN – Britain hari ini meluluskan peranan terhad untuk gergasi telekomunikasi China, Huawei dalam rangkaian 5G negara, tetapi menekankan bahawa ‘risiko tinggi vendor, akan dikecualikan daripada infrastruktur teras yang ‘sensitif’.

Keputusan London, berikutan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Boris Johnson, tiba sejurus selepas Brussels berkata ia akan membenarkan peranan 5G Huawei yang terhad di Kesatuan Eropah.

“Kita mahu sambungan berkelas dunia secepat mungkin tetapi ini tidak boleh mengorbankan keselamatan negara kita,” Setiausaha Digital Britain, Nicky Morgan berkata merujuk kepada rangkaian generasi kelima berkelajuan tinggi yang menawarkan pemindahan data hampir serta merta dan boleh dipercayai.

“Vendor berisiko tinggi tidak pernah ada dan tidak akan berada dalam rangkaian kita yang paling sensitif,” tegasnya.

Huawei mengalu-alukan berita tersebut bahawa ia mempunyai sekurang-kurangnya peranan terhad dalam membangunkan rangkaian generasi kelima berkelajuan tinggi Britain, selepas Washington melobi keras untuk syarikat itu diketepikan sepenuhnya atas kebimbangan keselamatan. – AFP

Gambar menunjukkan logo Huawei di pejabat utama mereka di UK, barat London. – AFP