Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK lulus vaksin lebih murah

    LONDON, 30 DIS – Britain pada hari ini menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin COVID-19 AstraZeneca dan Universiti Oxford yang murah, menambah harapan ia akan membantu membendung peningkatan kes dan mengurangkan tekanan ke atas perkhidmatan kesihatan.

    Agensi Kawalan Produk Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) berkata vaksin itu ‘memenuhi standard keselamatan, kualiti dan keberkesanan’, dan pengeluaran ditetapkan pada 4 Januari.

    Perdana Menteri Boris Johnson menggelarnya ‘berita hebat’ dan ‘kemenangan untuk sains Britain.’

    Britain telah pun meluluskan vaksin Pfizer dan BioNtech untuk kegunaan umum, dan kira-kira 800,000 orang telah menerima dos pertama dalam kempen vaksinasi terbesar negara.

    Namun tatkala kadar jangkitan ha-rian virus mencecah rekod tinggi, kerajaan menaruh harapan pada suntikan Oxford/AstraZeneca, yang lebih murah untuk dihasilkan dan lebih senang untuk disimpan dan dihantar.

    Tidak seperti vaksin Pfizer-BioNtech, ia tidak memerlukan suhu beku dan boleh menggunakan rantaian bekalan sejuk seperti biasa, menjadikannya satu pilihan lebih menarik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda