LONDON, 22 SEPT – Jabatan pengangkutan Britain kelmarin meluluskan rancangan bernilai £2.2 bilion (AS$2.96 bilion) untuk landasan baharu di Lapangan Terbang Gatwick London, beberapa bulan selepas Heathrow mendedahkan rancangan untuk landasan ketiga, menurut dokumen kerajaan.
Pengembangan sedemikian jarang berlaku di Eropah, di mana negara-negara bertelingkah antara usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan keperluan industri penerbangan, sektor strategik yang menyaksikan permintaan meningkat.
Lapangan Terbang Gatwick, terletak di selatan London, ialah lapangan terbang antarabangsa kedua tersibuk di United Kingdom (UK) selepas Heathrow dan hab udara landasan tunggal tersibuk di Eropah, dengan lebih 43 juta penumpang menggunakannya tahun lepas.
Rancangan yang dibiayai secara persendirian itu akan melibatkan pemindahan landasan kecemasan lapangan terbang sejauh 12 meter (hala) ke utara untuk membolehkan ia berfungsi sepenuhnya, menurut dokumen Jabatan Pengangkutan. – AFP








