Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK mula pengundian pilihan raya tempatan

    LONDON, 5 MEI – Berjuta-juta pengundi Britain hari ini telah mengundi dalam pilihan raya  tempatan dan memilih ahli baharu Dewan Perhimpunan Ireland Utara.

    Di seluruh England, terdapat 140 majlis tempatan yang menyaksikan sebanyak 4,350 kerusi dipertandingkan, manakala 32 kerusi (Scotland) dan 22  (Wales), lapor Agensi Anadolu.

    Pengundi Ireland Utara pula akan mengundi untuk mengisi 90 kerusi. 

    Pusat mengundi mula dibuka pada 7 pagi dan ditutup 10 malam.

    Pengiraan undi di England akan bermula selepas 10 malam dan keputusan dijangka dikeluarkan paling awal pada tengah malam. 

    Di Scotland dan Wales pula pengiraan diadakan pada Jumaat dan keputusan dijangka diumumkan pada sebelah petang.

    Sementara itu, di Ireland Utara pengiraan bermula 9 pagi Jumaat dan keputusan pertama dijadual diumumkan menjelang tengah hari. – Bernama

    Perdana Menteri Boris Johnson tiba di Methodist Hall di tengah London untuk membuang undi dalam pilihan raya tempatan kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda