Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK mula rai Hari Kemenangan di Eropah

    LONDON, 5 MEI – Perarakan tentera, pesta jalanan dan persembahan balkoni oleh kerabat diraja hari ini akan memulakan empat hari perayaan United Kingdom (UK) untuk menandakan 80 tahun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

    Raja Charles III, Perdana Menteri Keir Starmer dan beribu-ribu penonton akan menyaksikan kakitangan NATO dari Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Jerman, bersama-sama tentera Ukraine, dalam perarakan tentera yang akan bermula dengan ucapan kemenangan Winston Churchill 1945, disuarakan oleh pelakon, Timothy Spall.

    Ketika negara-negara Eropah bersiap sedia untuk meraikan Hari Kemenangan di Eropah (VE) pada 8 Mei, perang di Ukraine merupakan peringatan bahawa keamanan tidak boleh dipandang remeh, kata Charles kepada Parlimen Itali bulan lalu.

    “Hari ini, malangnya, merupakan gema masa lalu – yang mana kami sangat berharap telah dimasukkan ke dalam sejarah – bergema di seluruh benua kami,” kata raja.

    Perarakan hari ini akan berakhir dengan persembahan terbang lalu yang menampilkan pasukan aerobatik Red Arrows dan 23 pesawat tentera semasa dan dahulu, yang akan ditonton oleh raja berusia 76 tahun dan kerabat diraja dari balkoni Istana Buckingham.

    Dari balkoni yang sama pada 8 Mei 1945, Raja George VI dan Ratu Elizabeth – bersama puteri puteri mereka, Elizabeth dan Margaret, dan kemudian Perdana Menteri Churchill – mengalu-alukan berpuluh-puluh ribu warga London yang meraikan VE seperti mana yang yang diisytiharkan oleh Churchill.

    Pada malam itu, kedua-dua puteri, berusia 19 dan 14 tahun, dibenarkan meninggalkan istana dan menyertai orang ramai.

    Kira-kira 40 tahun kemudian, Elizabeth, ratu ketika itu, menggambarkan malam itu sebagai salah satu yang paling diingati dalam hidupnya. – AFP

    Anggota Pancaragam Pasukan Berkuda mengambil bahagian dalam perarakan meraikan ulang tahun ke-80 VE di tengah London pada 5 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda