Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK mungkin batal cadangan pasport vaksin

    LONDON, 31 MEI – United Kingdom (UK) kemungkinan membatalkan pasport vaksinasi COVID-19 sebagai syarat wajib untuk penganjuran acara mega, lapor Sputnik, memetik akhbar The Telegraph.

    Menurut akhbar itu, memetik sumber kerajaan, penggunaan sijil tersebut dipertimbangkan semula untuk acara umum, termasuk pertandingan bola sepak, konsert, festival dan persidangan perniagaan.

    Pegawai yang mengusahakan sijil khas itu percaya bahawa untuk menjadikan ia sebagai syarat wajib adalah sukar dilaksanakan di negara ini, lapor akhbar itu pada Ahad. Pasport khas itu bertujuan untuk membuktikan status COVID-19 seseorang.

    Meskipun pihak berkuasa membenarkan penggunaan pasport vaksinasi untuk perjalanan ke luar negara berikutan beberapa negara mewajibkannya sebagai syarat kebenaran masuk, beberapa pengkritik di UK ragu mengenai syarat tersebut untuk acara umum dalam negara.

    Pada akhir April, Menteri Pengangkutan Grant Shapps berkata mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara – selepas sekatan dibatalkan – boleh menggunakan aplikasi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan sebagai sijil untuk membuktikan mereka telah divaksin atau disahkan negatif COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda