Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK panggil balik beberapa kakitangan di Kyiv

    LONDON, 24 JAN – United Kingdom (UK) berkata pihaknya memanggil balik beberapa kakitangan dari kedutaannya di Ukraine “sebagai tindak balas terhadap ancaman yang meningkat dari Rusia” hari ini, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Beberapa kakitangan kedutaan dan tanggungan dari Kyiv dipanggil balik sebagai tindak balas terhadap ancaman yang semakin meningkat dari Rusia,” kata Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK menerusi kemas kini panduan perjalanan.

    Ia berkata kedutaan “tetap beroperasi dan terus menjalankan tugas-tugas penting.”

    Keputusan itu dibuat menyusuli tindakan serupa yang diambil Amerika Syarikat (AS).

    AS kelmarin secara rasmi mengarahkan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka untuk meninggalkan Ukraine berikutan ketegangan yang berterusan antara kedua-dua negara itu.

    Moscow, bagaimanapun, menafikan bahawa ia sedang bersedia untuk menyerang dan berkata tenteranya berada di sana untuk sesi latihan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda