Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK sedia uji sistem amaran kecemasan jutaan telefon

    LONDON, 23 APRIL – UK akan menjalankan ujian pertama perkhidmatan amaran kecemasan baharu hari ini, dengan jutaan telefon bimbit dijangka mengeluarkan penggera kuat dan bergetar pada jam 3 petang.

    Sistem kebangsaan, berdasarkan kepada program serupa di Kanada, Jepun, Belanda dan Amerika Syarikat (AS), bertujuan untuk memberi amaran kepada orang ramai jika terdapat bahaya kepada kehidupan berdekatan tetapi telah menimbulkan kritikan terhadap pencerobohan.

    Mesej akan menyatakan: “Ini merupakan ujian Amaran Kecemasan, perkhidmatan kerajaan UK baharu yang akan memberi amaran kepada awda jika terdapat kecemasan yang mengancam nyawa berdekatan.”

    Perkhidmatan kecemasan dan kerajaan berharap dapat menggunakan sistem itu untuk memaklumkan orang ramai tentang isu seperti banjir dan kebakaran yang teruk.

    Penggera 10 saat, yang akan berbunyi walaupun telefon dalam keadaan senyap, dijangka akan mengganggu acara hiburan dan sukan, termasuk perlawanan bola sepak Liga Perdana.

    Penganjur Kejohanan Snuker Dunia akan menghentikan permainan sejurus sebelum amaran, manakala Teater Persatuan London telah menasihatkan ahlinya untuk memberitahu penonton supaya mematikan telefon mereka.

    Pemandu diberi amaran untuk tidak mengambil telefon mereka semasa ujian, dan orang yang tidak mahu menerima makluman boleh menarik diri dalam seting peranti mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda