Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    UK sertai pakatan perdagangan Trans-Pasifik

    LONDON, 31 MAC – United Kingdom (UK) akan menyertai 11 negara lain dalam perkongsian perniagaan Asia Pasifik, umum Perdana Menteri Rishi Sunak hari ini, dalam perjanjian perdagangan pasca Brexit terbesar untuk negara itu berikutan rundingan selama hampir dua tahun.

    Britain akan menjadi anggota baharu pertama sejak penubuhan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Rentas Pasifik (CPTPP) pada 2018, dan negara Eropah pertama yang menyertai blok itu.

    Perkumpulan perniagaan akan termasuk lebih daripada 500 juta orang dan menyumbang kepada 15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global sebaik sahaja UK menjadi anggota ke-12nya, menurut pejabat Sunak.

    Ia berkata penyertaan Britain selepas ‘rundingan intensif’ selama 21 bulan – meletakkan negara ‘di tengah kumpulan ekonomi dinamik’ dan membuktikan ‘peluang kebebasan perdagangan pasca Brexit baharu kami’.

    Perkembangan itu memenuhi janji utama penyokong Brexit di mana, di luar Kesatuan Eropah, UK boleh mengambil kesempatan ke atas penyertaan blok perdagangan lain dengan ekonomi yang berkembang pesat.

    “Kami berhasrat menjadi negara perniagaan terbuka dan bebas, dan perjanjian ini menunjukkan faedah ekonomi sebenar dalam kebebasan pasca Brexit kami,” kata Sunak dalam satu kenyataan semasa mengumumkan perjanjian itu.

    “Sebagai sebahagian daripada CPTPP, UK kini berada dalam kedudukan utama dalam ekonomi global untuk merebut peluang untuk pekerjaan, pertumbuhan dan inovasi baharu.” – AFP

    Rishi Sunak mendengar penerangan daripada seorang pelatih semasa lawatan ke Pusat Sains Culham, Pihak Berkuasa Tenaga Nuklear UK berdekatan Oxford, barat London pada 30 Mac 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...