Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    UK sumbang dana baiki infrastruktur kereta api Ukraine

    MOSCOW, 27 JUN – United Kingdom (UK) akan memperuntukkan kira-kira AS$12.28 juta untuk membaik pulih infrastruktur kereta api Ukraine, bagi memastikan bekalan bijirin dapat dieksport, menurut pejabat Perdana Menteri Boris Johnson kelmarin.

    “UK telah menyumbangkan sehingga £10 juta bagi kos bahan dan peralatan kepada Ukraine Railways untuk membaiki infrastruktur rel dan membantu mengeksport keluar bijirin menggunakan kereta api.

    “UK pada masa ini sedang berbincang dengan kerajaan Ukraine tentang cara memaksimumkan kapasiti rel mereka serta memastikan bekalan bijiran dapat dieksport keluar,” menurut kenyataan daripada Downing Street kelmarin.

    Johnson juga akan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin dunia pada sidang kemuncak negara-negara Kumpulah Tujuh (G7) yang dilangsungkan hingga Selasa ini, lapor Sputnik.

    Di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Moscow yang sedang berlaku ketika ini di Ukraine, negara-negara Barat telah menuduh Rusia menyekat eksport bijirin di pelabuhan Laut Hitam.

    Terdahulu pada Jun, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa tiada halangan untuk eksport bijirin dari Ukraine.

    Susulan itu, kapal-kapal membawa bijirin dibenarkan meninggalkan Laut Hitam tanpa sebarang masalah jika Kyiv membersihkan pelabuhan daripada periuk api yang ditanam sebelum ini bagi menyekat operasi ketenteraan Rusia. – Bernama

    Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berada di Istana Elmau, selatan Jerman bagi menghadiri Sidang Kemuncak G7 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...