Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tambah AS$375 juta bantuan kecemasan Afghanistan

    LONDON, 30 MAC – United Kingdom (UK) berkata ia akan memperuntukkan tambahan AS$375 juta bantuan kecemasan kepada Afghanistan, lapor Sputnik.

    “UK bersedia untuk memberikan 286 juta pound lagi bantuan kecemasan kepada rakyat Afghanistan untuk makanan dan bantuan kecemasan kesihatan,” kata Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) dalam satu kenyataan.

    “Selain daripada bantuan kecemasan kemanusiaan, dana itu juga disediakan untuk menyokong perkhidmatan asas seperti meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan membantu petani mengatasi kesan kemarau,” kata kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 10 juta kanak-kanak di seluruh Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan segera untuk kelangsungan hidup. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda