Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tawar vaksinasi golongan 12-15 tahun

    LONDON, 14 SEPT – Kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun akan ditawarkan vaksinasi COVID-19, umum Britain kelmarin, berdasarkan nasihat daripada empat pegawai perubatan tertinggi. Saranan pemberian vaksin kepada golongan itu dibuat kepada empat kerajaan di UK iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

    Britain antara negara yang paling teruk dilanda COVID-19 dengan lebih 134,000 kematian. Walaupun program vaksinasi di negara itu dilihat berjaya, jumlah kes tetap tinggi kerana varian Delta, dan kebimbangan jumlah kes akan meningkat dengan pembukaan sekolah selepas cuti musim panas.

    Program vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di UK menimbulkan isu walaupun beberapa negara lain terus memberi suntikan kepada golongan itu. Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), yang menasihati Jabatan Kesihatan UK mengenai imunisasi sebelum ini berkata margin manfaat berdasarkan perspektif kesihatan dianggap terlalu kecil untuk menyokong pemberian vaksin kepada kanak-kanak sihat berusia 12 hingga 15 tahun.

    Bagaimanapun CMO England, Scotland, Wales dan Ireland Utara mengatakan vaksinasi kepada golongan berkenaan perlu dilakukan selepas mengambil kira isu lebih luas seperti pendidikan dan kesihatan mental. CMO berkata pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun akan membantu mengurangkan penularan COVID-19 di sekolah, dengan kira-kira tiga juta kanak-kanak yang layak berpotensi diberikan dos pertama vaksin Pfizer. – AFP

    Ketua Eksekutif MHRA June Raine mengambil bahagian dalam taklimat media di Downing Street, London kelmarin. Semua kanak-kanak berusia 12 dan 15 tahun akan ditawarkan vaksin koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda