Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK terajui usaha cari vaksin koronavirus

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – United Kingdom (UK) sedang menerajui usaha antarabangsa untuk mencari vaksin koronavirus sebagai penderma terbesar kepada Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) di mana dengan pelaburan itu, vaksin koronavirus masa hadapan akan boleh diperoleh dengan harga yang terendah kepada perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan seluruh dunia.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay berkata bahawa UK akan menyediakan £210 juta untuk membantu penyelidikan dan saintis yang berpangkalan di UK bagi membangunkan dengan cepat vaksin koronavirus, ujian dan rawatan.

    Menurutnya lagi, membangunkan vaksin merupakan satu langkah yang penting dalam membanteras penularan global pandemik koronavirus itu.

    Kenyataan menjelaskan bahawa AstraZeneca dan University of Oxford, 30 April lalu, telah mengumumkan satu perjanjian mengenai pembangunan dan pengedaran global bagi vaksin recombinant adenovirus yang berpotensi untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada SARS-CoV-2.

    Kerjasama itu bermatlamat untuk menyediakan para pesakit dengan vaksin yang berpotensi dikenali sebagai ChAdOx1nCoV-19, yang sedang dibangunkan oleh Jenner Institute dan Oxford Vaccine Group di University of Oxford.

    Di bawah perjanjian itu, AstraZeneca juga akan bertanggungjawab bagi membangunkan
    dan penghasilan serta pengedaran vaksin berkenaan ke seluruh dunia.

    Kenyataan turut memetik Setiausaha Perniagaan UK, Alok Sharma yang menyatakan bahawa kerjasama antara Universiti Oxford dan AstraZaneca merupakan langkah penting yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan vaksin koronavirus.

    Ia juga, ulasnya, akan memastikan bahawa vaksin yang dibangunkan oleh Jenner Institute, Universiti Oxford, berkesan dan ia akan dapat diperoleh seawal mungkin untuk membantu melindungi ribuan nyawa daripada penyakit berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda