Saturday, October 19, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tinggalkan EU mulai hari ini

    LONDON, 31 JAN – Britain pada hari ini menamatkan perpaduan hampir setengah abad dengan jiran paling rapat dan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), memulakan abad baharu namun tidak pasti dalam sejarah lamanya.

    Apabila jam berbunyi pada pukul 11:00 malam – tengah malam di Brussels – Britain menjadi negara pertama untuk meninggalkan blok 28 anggota untuk kali pertama sejak 1973.

    Perdana Menteri Boris Johnson telah menyokong Brexit sejak undi referendum 2016 untuk meninggalkan blok yang mencetuskan pepecahan tetapi beliau telah berjanji akan memimpin negara untuk masa depan baharu yang lebih cerah.

    Perayaan rasmi tidak akan diadakan secara lantang untuk menghormati separuh daripada penduduk yang ingin kekal dalam EU dan bimbang mengenai masa depan. “Tugas kami sebagai kerajaan, tugas saya, adalah untuk bersatu bersama negara ini dan maju ke depan,” kata Johnson dalam satu kenyataan sempena meraikan hari bersejarah itu.

    Beliau menambah: “Ia bukan penghujung tetapi satu permulaan. Inilah masanya apabila bermulanya era baharu dan tirai dinaikkan.”

    Tidak ada apa-apa yang berlainan disebabkan tempoh peralihan yang dirunding sebagai sebahagian daripada perjanjian pengeluaran EU-UK, yang hanya disahkan pada minggu ini.

    Warga Britain boleh bekerja dan berniaga secara bebas dengan negara EU sehingga 31 Disember dan sebaliknya, walaupun UK tidak lagi diwakili dalam institusi blok itu.

    Namun dari segi undang-undang, Britain sudah keluar – tanpa cara senang untuk kembali.

    Sementara syarat-syarat pengeluaran telah pun dipersetujui, Britain masih perlu mencapai satu perjanjian mengenai hubungan masa depan dengan EU, rakan perniagaan terbesarnya. – AFP

    Anggota Parlimen Eropah Britain Jonathan Bullock (tengah) memegang bendera Union Jack dan Jake Pugh (tengah kanan) meninggalkan Parlimen Eropah di Brussels pada hari Brexit kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda