Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tingkat bakat tempatan menerusi inisiatif kemahiran AI baharu

    LONDON, 9 JUN – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer, hari ini berikrar untuk memperkukuh ‘bakat tempatan untuk era AI’ dengan menjalin kerjasama bersama gergasi teknologi global bagi melatih 7.5 juta pekerja dalam kemahiran berkaitan kecerdasan buatan (AI).

    Bercakap sempena pembukaan Minggu Teknologi London, yang turut menampilkan tokoh-tokoh industri seperti Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, Starmer menegaskan bahawa, “Dalam perlumbaan global ini, kita boleh menjadi pencipta AI, bukan hanya pengguna AI.”

    Starmer dijadualkan mengadakan sesi perbualan secara empat mata bersama Huang, ketua firma semikonduktor Silicon Valley yang cip pemprosesnya memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan aplikasi AI.

    Seiring dengan penganjuran acara yang menghimpunkan syarikat-syarikat teknologi utama dunia, Starmer mengumumkan kerjasama awam-swasta bagi melatih 7.5 juta pekerja dalam kemahiran AI, termasuk dalam penggunaan chatbot dan model bahasa besar untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja.

    Antara syarikat yang komited untuk menyediakan bahan latihan secara percuma kepada perniagaan selama lima tahun akan datang ialah NVIDIA, Google, Microsoft dan Amazon. – AFP

    Keir Starmer (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang (kanan), selepas menyampaikan ucapan di atas pentas semasa Minggu Teknologi London kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda