LONDON, 30 DIS – Britain semalam mengumumkan ia telah memeterai perjanjian perdagangan bernilai 18.6 bilion pound (AS$25 bilion) dengan Turki yang ‘menetapkan asas’ untuk perjanjian pasca Brexit yang lebih komprehensif pada masa depan.
Sebelum majlis penandatanganan, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata ia akan menjadi ‘perjanjian paling penting kami sejak perjanjian kesatuan kastam’ yang dicapai oleh Turki dengan Kesatuan Eropah pada 1995.
Berdasarkan status Turki dalam kesatuan kastam EU, Britain terpaksa menunggu sehingga ia akhirnya menyetujui perjanjian perdagangan dengan Brussels pada minggu lalu sebelum ia dapat memuktamadkan syarat-syarat perjanjian dengan Ankara.
Kerajaan Britain menganggap perjanjian dengan Turki sebagai ‘kemenangan besar untuk industri kereta, pengeluaran dan keluli Britain.’ – AFP