Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK tutup sekolah, arah tentera bersedia

    LONDON, 19 MAC – Britain mengumumkan kelmarin bahawa mereka akan menutup sekolah-sekolah dalam beberapa hari akan datang dan menempatkan seramai 20,000 orang anggota tentera dalam keadaan bersiap sedia dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran koronavirus, di mana angka kematian telah melepasi angka 100.

    Perdana Menteri Borris Johnson sebelum ini menangguhkan langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara Eropah yang lain disebabkan ia boleh menjejaskan tenaga kerja.

    Dengan wabak kini semakin menular dan kematian kini meningkat kepada 104, meningkat daripada 71 orang dalam masa sehari, beliau berkata sekolah-sekolah akan ditutup tidak lama lagi pada minggu ini.

    “Selepas pagar sekolah ditutup pada hari Jumaat, ia akan kekal tutup,” beliau memberitahu semasa sidang media.

    Pengecualian akan dibuat ke atas kanak-kanak kepada pekerja-pekerja yang penting – termasuk kaki tangan penjagaan kesihatan, polis dan pemandu penghantaran – dan kanak-kanak yang terdedah.

    Johnson pada awal minggu ini memberitahu orang ramai untuk bekerja dari rumah dan menggelakkan dari membuat kontak sosial yang sia-sia dan melancong, memberi amaran kadar jangkitan kini semakin melonjak.

    Kelmarin, beliau berkata tindakan tersebut mendatangkan kesan sam-pingan tetapi berulang kali memberi nasihat kepada orang ramai yang mempunyai gejala untuk membuat pengasingan diri di antara seminggu atau dua minggu, tertakluk kepada keadaan.

    “Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah yang lebih lanjut dan cepat,” beliau menambah.

    Kelmarin, Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa 20,000 kakitangan tentera telah ditempatkan di ‘tempat-tempat persediaan utama’ untuk membantu perkhidmatan awam sebagai salah satu ‘tenaga sokongan COVID-19’. – AFP

    Britain akan menutup sekolah dalam minggu ini dan seramai 20,000 orang anggota tentera dalam keadaan bersiap sedia sebagai langkah terkini membendung COVID-19. Sebelumnya Britain mengarahkan orang ramai bekerja dari rumah.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda