LONDON, 4 OKT – Kerajaan United Kingdaom (UK) hari ini mengumumkan pelaburan hampir £22 bilion dalam projek untuk menangkap dan menyimpan pelepasan karbon yang dihasilkan oleh industri dan pengeluaran tenaga.
Dana tersebut akan digunakan untuk ‘kluster penangkapan karbon’ di Merseyside, barat laut England, dan Teesside, timur laut England.
Kerajaan baharu dari Parti Buruh juga melancarkan sebuah badan awam yang dimiliki negara, Great British Energy, untuk merangsang pelaburan dalam projek tenaga boleh diperbaharui domestik dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.
Mereka berharap projek-projek baharu itu akan mewujudkan 4,000 pekerjaan dan menyokong 50,000 lagi dalam tempoh 25 tahun akan datang serta membantu UK mencapai sasaran iklimnya dengan mengurangkan 8.5 juta tan pelepasan karbon setiap tahun.
Perdana Menteri, Keir Starmer berkata projek-projek tersebut sedang ‘menghidupkan semula kawasan perindustrian kita dengan melabur dalam industri masa hadapan.’
Teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) bertujuan menghapuskan pelepasan yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api untuk tenaga dan proses industri. – AFP