Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukhwah Aidilfitri eratkan silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan rumah dan pejabat terbuka.
     
    Sementara itu, ahli Jawatankuasa (AJK) Sejiran Jalan 99, Simpang 48-3, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Ukhwah Aidilfitri 2025.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ialah Ketua Kampung RPN Rimba Kawasan 5, Awang Joffry bin Haji Mohammad Yassin.
     
    Di majlis itu, pengerusi majlis, Haji Mohd Salleh bin Ibrahim dalam ucapan alu-aluan mengongsikan, majlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah diadakan lebih 10 tahun sejak tahun 2011 hingga kini. 
     
    Selain itu, beliau juga mengongsikan bahawa tujuan majlis untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan jiran dan penduduk kampung di kawasan kejiranan tersebut.
     
    Ahli Jawatankuasa Sejiran Jalan 99, Simpang 48-3, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba bergambar ramai semasa sambutan Majlis Ukhwah Aidilfitri 2025, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN AJK SEJIRAN RPN KAMPUNG RIMBA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda