Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukiran cawan jadi pelengkap hidangan teh di Argentina

    BUENOS AIRES – Masih ramai individu yang tidak mengetahui akan kewujudan teh yerba mate yang memiliki rasa yang pahit namun cukup terkenal di kalangan warga Argentina.

    Bagaimanapun, keistimewaan tradisi meminum teh tersebut bukan hanya terletak dari sudut rasanya sahaja kerana teknik hidangan dengan penggunaan cawan yang diukir cantik bersama straw perak yang dikenali sebagai bombillas itu juga turut meningkatkan lagi tradisi hidangan teh tersebut berbanding hidangan teh yang lain.

    Ramon Vidal, seorang pengukir yang berhasrat untuk mengekalkan tradisi turun-temurun tersebut di bengkelnya yang terletak di Daerah San Telmo, Buenos Aires di mana ia turut menampilkan suasana sekeliling yang cukup tradisional seperti jalan berbatu dan masih mengekalkan reka bentuk rumah yang lama.

    “Saya sentiasa suka berusaha dan menggunakan kreativiti tangan dalam melakukan seni ukiran,” jelas Vidal kepada Xinhua.

    Vidal juga menceritakan bahawa beliau pernah memiliki impian untuk menjadi seorang jurutera elektromekanik namun setelah menyedari bahawa dia cukup berminat dalam pertukangan besi maka secara perlahan-lahan beliau berkecimpung dalam seni ukiran besi, arca dan seramik.

    Ramon Vidal, gigih melakukan kerja seni ukiran cawan untuk hidangan teh yerba mate di bengkelnya yang terletak di Daerah San Telmo, Buenos Aires.
    Ramon Vidal, gigih melakukan kerja seni ukiran cawan untuk hidangan teh yerba mate di bengkelnya yang terletak di Daerah San Telmo, Buenos Aires.
    Kerja-kerja pengukiran cawan yang dilakukan dengan penuh teliti.
    Kerja-kerja pengukiran cawan yang dilakukan dengan penuh teliti.
    Hidangan teh yerba mate merupakan salah satu tradisi yang masih dikekalkan di Argentina.
    Hidangan teh yerba mate merupakan salah satu tradisi yang masih dikekalkan di Argentina.

    “Saya secara perlahan-lahan melatih diri dalam seni pertukangan besi malah sering merujuk kepada bahan bacaan dan kursus seni pertukangan besi dan perak di mana ia secara tidak langsung meningkatkan lagi pengalaman saya dalam seni pertukangan ini dan lebih yakin untuk menerima tempahan secara kecil-kecilan,” jelas Vidal dalam merujuk kepada detik awal ketika mula berkecimpung dalam seni pertukangan besi ini.

    Warga Argentina bukan hanya meminum teh yerba mate pada setiap hari malah ada juga yang memilih untuk meminumnya bagi menghilangkan rasa dahaga di sepanjang hari.

    Justeru, ia adalah tidak mustahil untuk melihat warga Argentina yang membawa sebiji cawan dan termos ketika bersiar-siar di jalanan sambil menghirup teh yerba mate yang menjadi satu tradisi di negara itu.

    Menurut laporan dari Institut Kebangsaan Yerba Mate (INYM), kebih daripada 250 kilogram teh yerba mate dijual pada tahun lalu.

    Laporan INYM juga menyatakan bahawa lebih daripada 90 peratus warga Argentina memilih untuk meminum teh yerba mate dengan kadar purata konsumsi sebanyak 100 liter setahun berbanding 30 liter untuk minuman keras dan 18 liter untuk air mineral.

    Maka, ia adalah menjadi satu kebiasaan tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja untuk menyaksikan cawan berukiran sering disediakan dan dihulurkan di kalangan keluarga, sahabat dan juga rakan sekerja yang menandakan bahawa hidangan minuman teh yerba mate menjadi tradisi lama yang masih dikekalkan.

    “Cawan tersebut bukan hanya dipandang sebagai satu objek yang cantik bahkan ia lebih kepada satu lambang kesatuan kerana setiap kali saya melakukan kerja pertukangan saya sering berusaha untuk mehasilkan ukiran cawan yang menarik dan ternyata ia jelas dihargai oleh individu yang menggunakannya,” jelas Vidal.

    “Malah tempahan dan jualan cawan tersebut juga semakin meningkat kerana ia bukan sahaja dikagumi dari segi keindahan seni ukirannya malah nilai tradisi budaya Argentina yang sangat unik dan menarik,” jelas Vidal. – Xinhua.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda