KUALA LUMPUR – Kata orang ulat di dalam batu pun boleh hidup, dan Muhammad Hafizi Abdul Karim membuktikan kebenaran maksud peribahasa Melayu itu. Pada ketika hidupnya sekeluarga berdepan cabaran selepas perniagaan air buahnya terjejas dek penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas, bapa kepada dua anak perempuan itu tidak berputus asa, sebaliknya cuba memanfaatkan bakat seni