Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ukraine dihujani peluru berpandu, dua maut, puluhan cedera

    KYIV, 2 JAN – Rusia hari ini melancarkan serangan peluru berpandu ke atas ibu negara Ukraine dan bandar-bandar lain, mengorbankan dua orang dan mencederakan lebih 50 yang lain, apabila serangan tersebut merosakkan bangunan pencakar langit dan mencetuskan kebakaran.

    Serangan itu berlaku kurang 24 jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata Moscow akan meningkatkan serangan ke atas Ukraine.

    Letupan yang kuat kedengaran di Kyiv oleh wartawan AFP pada pagi ini ketika pertahanan udara melancarkan serangan, menggegarkan bangunan di pusat bandar.

    Datuk Bandar Kyiv, Vitaly Klitschko berkata seorang terbunuh dan 20 cedera di ibu negara.

    Pihak berkuasa menyatakan peluru berpandu menyebabkan kebakaran di sebuah bangunan pasar raya, rumah kediaman dan pasar di beberapa kawasan di Kyiv.

    Penyelamat Ukraine membawa seorang wanita yang cedera keluar dari bangunan kediaman yang rosak di tengah Kharkiv selepas serangan peluru berpandu pada 2 Januari. – AFP

    Amaran serangan udara di ibu negara itu berlangsung hampir empat jam.

    Di bandar timur Kharkiv, seorang wanita terbunuh dan 41 cedera dalam ‘kira-kira empat serangan’ yang merosakkan bangunan bertingkat dan infrastruktur awam pusat bandar, kata ketua pentadbiran tentera bandar itu, Oleg Sinegubov.

    Tentera udara Ukraine berkata Rusia melancarkan peluru berpandu Kinzhal.

    Serangan hari ini berlaku selepas peningkatan perang dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan kedua-dua pihak saling berbalas serangan.

    Putin kelmarin menggelar serangan Ukraine yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas bandar Belgorod, Rusia sebagai tindakan pengganas dan berjanji akan membalas.

    Moscow juga menyerang Ukraine dengan beberapa siri dron pada Malam Tahun Baharu.

    Ukraine berusaha mendapatkan jaminan daripada penyokongnya bahawa bantuan ketenteraan akan diteruskan selepas Amerika Syarikat mengeluarkan pinjaman terakhir yang baru diluluskan. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Wang Yi janji bantu Syria capai keamanan

    BEIJING, 17 NOV – Pegawai diplomatik tertinggi China, Wang...

    Bas jemaah India terbabas berhampiran Madinah

    RIYADH, 17 NOV – Kedutaan India di Arab Saudi...

    Indonesia tekankan peranan Jordan menyokong Palestin

    JAKARTA, 16 NOV - Presiden Prabowo Subianto menekankan peranan...

    Alcaraz rangkul kembali gelaran nombor satu dunia

    TURIN, 14 NOV – Carlos Alcaraz menyingkirkan pesaingnya, Jannik...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...