Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine enggan terima cadangan Rusia tentang Mariupol

    MOSCOW, 21 MAC – “Kyiv tidak akan menyerah kalah”, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, lapor Sputnik.

    “Tiada rundingan untuk menyerah kalah, meletakkan senjata. Rusia telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata Vereshchuk kepada akhbar Ukrayinska Pravda, sambil menambah bahawa Kyiv telah menyampaikan pendirian itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa.

    Ketua Pusat Kawalan Pertahanan Rusia, Mikhail Mizintsev kelmarin berkata Rusia menggesa Kyiv untuk membatalkan arahannya kepada nasionalis yang berjuang di Mariupol.

    Mizintsev berkata Rusia mahu Kyiv memberikan jawapan rasmi secara bertulis terhadap semua cadangan

    Moscow bagi memastikan keselamatan penduduk Mariupol dan infrastruktur di bandar itu.

    Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine selepas Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk (DPR dan LPR) merayu bantuan mempertahankan diri daripada tentera Kyiv pada 24 Februari.

    Matlamat operasi khas Rusia adalah untuk “menekan” Ukraine dan hanya infrastruktur ketenteraan menjadi sasaran – penduduk awam tidak diancam bahaya.

    Moscow berulang kali menegaskan bahawa tiada rancangan menakluki Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda